PENERANGAN :
Ujian penembusan cecair adalah suatu kaedah ujian tanpa musnah yang
digunakan untuk sebarang bahan yang timbus. Ujian penebusan cecair ini
selalunya digunakan atas bahan untuk mencari keretakan, keliangan pada tuangan
keluli, kimpalan, bahagian yang ditempa dan juga dalam komponen elektronik yang
mungkin mengakibatkan kesan buruk terhadap komponen tersebut.
NON-DESTRUCTIVE TEST (NDT)
UJIAN TANPA MUSNAH
PENGENALAN
Ujian tanpa musnah didefinasikan
sebagai suatu ujian yang dikenakan terhadap elemen atau anggota sesuatu
struktur tetapi tidak merosakkan elemen atau anggota tersebut dengan tujuan
bagi menilai prestasi struktur tersebut.
Antara ujian tanpa musnah yang biasa digunakan ialah UJIAN PENEMBUSAN
CECAIR. Ujian ini digunakan untuk menguji serta mengenalpasti jenis2
kecacatan yang terdapat pada permukaan logam seperti menguji permukaan logam
yang telah di kimpal. berikut penerangan tentang Ujian Penembusan Cecair:
Jenis kecacatan yang boleh dikesan melalui ujian penembusan cecair iaitu:
Ujian penembusan cecair pewarna merupakan kaedah yang lebih digemari dan
biasa digunakan dalam industri pengeluaran. Ini disebabkan ia murah dan tidak
memerlukan kemahiran yang tinggi. Walau bagaimanapun kaedah zarah yang
bermagnet lebih digemari untuk menguji bahan yang mempunyai sifat magnet.
Ujian
Penembusan Cecair (Dye Penetrant)
Ujian jenis ini adalah untuk mengetahui kecatatan
permukaan sama ada kimpalan atau mana-mana bahagian komponen yang hendak diuji.
Ujian ini dapat mengesan keretakan halus dan lubang-lubang kecil yang boleh
menyebabkan kelemahan pada kimpalan.
Ujian penembusan cecair boleh digunakan ke atas
semua bahan. Kesan dakwat penunjuk (penetrant) akan menunjukkan bahan di
mana sesuatu kecatatan itu wujud. Langkah-langkah melakukan ujian ini adalah
seperti berikut :
Oleh kerana
dakwat penunjuk warna merah dan pencuci bewarna putih, maka akan kelihatan
dengan jelas tempat terdapatnya kecatatan.
_________________________________________________________________________________



