Sunday, 18 November 2012




PENERANGAN :

Ujian penembusan cecair adalah suatu kaedah ujian tanpa musnah yang digunakan untuk sebarang bahan yang timbus. Ujian penebusan cecair ini selalunya digunakan atas bahan untuk mencari keretakan, keliangan pada tuangan keluli, kimpalan, bahagian yang ditempa dan juga dalam komponen elektronik yang mungkin mengakibatkan kesan buruk terhadap komponen tersebut.

NON-DESTRUCTIVE TEST (NDT)
UJIAN TANPA MUSNAH


PENGENALAN

     Ujian tanpa musnah didefinasikan sebagai suatu ujian yang dikenakan terhadap elemen atau anggota sesuatu struktur tetapi tidak merosakkan elemen atau anggota tersebut dengan tujuan bagi menilai prestasi struktur tersebut.
     Antara ujian tanpa musnah yang biasa digunakan ialah UJIAN PENEMBUSAN CECAIR.  Ujian ini digunakan untuk menguji serta mengenalpasti jenis2 kecacatan yang terdapat pada permukaan logam seperti menguji permukaan logam yang telah di kimpal.  berikut penerangan tentang Ujian Penembusan Cecair:

Jenis kecacatan yang boleh dikesan melalui ujian penembusan cecair iaitu:

*      Kecacatan mencanai
*      Kecacatan kelesuan
*      Penembusan gas
*      Inclusions
*      Kecacatan pemanasan haba
*      Keretakan
*      Kimpalan
*      Bahagian yang ditempa
                                                                
Ujian penembusan cecair pewarna merupakan kaedah yang lebih digemari dan biasa digunakan dalam industri pengeluaran. Ini disebabkan ia murah dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Walau bagaimanapun kaedah zarah yang bermagnet lebih digemari untuk menguji bahan yang mempunyai sifat magnet.


Ujian Penembusan Cecair (Dye Penetrant)

Ujian jenis ini adalah untuk mengetahui kecatatan permukaan sama ada kimpalan atau mana-mana bahagian komponen yang hendak diuji. Ujian ini dapat mengesan keretakan halus dan lubang-lubang kecil yang boleh menyebabkan kelemahan pada kimpalan.


Terdapat 3 jenis bahan kimia yang digunakan iaitu :
*      Pencuci (Cleaner)
*      Peresap Warna (Dye Penetrant)-merah
*      Pencuci Pewarna (Developer)



Ujian penembusan cecair  boleh digunakan ke atas semua bahan. Kesan dakwat penunjuk (penetrant) akan menunjukkan bahan di mana sesuatu kecatatan itu wujud. Langkah-langkah melakukan ujian ini adalah seperti berikut :

*      Permukaan bahan yang hendak diuji mestilah bersih dari sebarang kekotoran atau penghalang.
*      Dakwat penunjuk (penetrant) disembur ke atas permukaan dan dibiarkan selama 5-10 minit untuk ia meresap ke dalam rekahan.
*      Bersihkan dakwat penunjuk yang berlebihan pada permukaan.
*      Semburkan bahan pencuci (developer) yang berwarna putih pada permukaan.
Oleh kerana dakwat penunjuk warna merah dan pencuci bewarna putih, maka akan kelihatan dengan jelas tempat terdapatnya kecatatan.




_________________________________________________________________________________















No comments:

Post a Comment